Empat sekeluarga sempat bermalam di rumah ahli keluarga lain bagi menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Rancangan Cocos, Beluran, hampir dinaiki air banjir, pada Rabu. <br /><br />Menceritakan kepada Awani Borneo, Saybat Mukden berkata, dia dan keluarga berjaya dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kampung itu oleh anggota bomba pada Khamis.
